Sunday, 7 October 2012


9/11 - Helah Paling Tepat Untuk Menyerang Iraq.

Sejurus lima jam berlakunya peristiwa serangan 11 September dan serangan ke atas Pentagon, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfield telah mengeluarkan kenyataan : "ayuh pergi serang secara besar-besaran, bantailah kesemuanya, ada kaitan atau tidak". Beliau mengarahkan pembantunya dalam National Military Command Center supaya mensasarkan Saddam Husein sama ada berjaya dibuktikan atau tidak hubungan dan kaitan Saddam-Osama. Para pembantunya melaporkan pada tarikh inilah serangan ke atas Iraq telah dirancang (Cbsnews, 4 sept 2002). 

Dua hari kemudian (13/9), dalam sebuah sidang akhbar, Wolfowitz pula mula bercakap mengenai, 'menghapuskan negara-negara yang menaja keganasan'. Pada hari yang sama pertubuhan lobi yahudi terbesar JINSA telah mengeluarkan kenyataan menyeru supaya rejim di Iraq dijatuhkan dan digantikan dengan boneka yang rapat dan mesra dengan israel. Kenyataan tersebut berbunyi : Sebagai tindakbalas terhadap serangan 9/11, JINSA menyeru amerika supaya menghentikan semua pembelian minyak iraq di bawah program minyak untuk makanan (oil for food) dan menyediakan sokongan penuh kepada pertubuhan INC (kumpulan yang diketuai oleh Chalabi) termasuk sokongan secara langsung ketenteraan amerika untuk menukar rejim di Iraq (JINSA Online 13 September 2001)

Pada 15/9, Bush telah mengumpulkan penasihat-penasihatnya di Camp David untuk membincangkan kemungkinan berlakunya serangan pada masa akan datang. Bagaimanapun perbincangan ketika itu bertumpu kepada afghanistan, bukannya iraq. Colin powell menentang idea menjadikan iraq sebagai sasaran memandang tidak terdapat bukti iraq terlibat dalam peristiwa 9/11. Bush secara bermuka-muka menyetujui pandangan Colin Powell, namun di belakangnya menerusi usaha Wolfowitz, Bush telah memaklumkan kepada Perle setelah Afghanistan diserang, sasaran seterusnya adalah Iraq. Dalam pertemuan yang sama Wolfowitz secara jelas menyatakan sasaran sepatutnya yang dipilih oleh amerika ialah iraq, bukannya afghanistan.

Kemudian pada 19/9, Rumsfield dan Richard Perle memanggil anggota -anggota Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan bermesyuarat selama dua hari. Dalam mesyuarat dua hari berkenaan, keputusan untuk menjajah iraq telah diputuskan. Selepas taklimat ringkas oleh CIA mengenai 9/11, Perle telah memperkenalkan dua tokoh pembentang undangan. Pertama Prof. Emeritus Bernard Lewis, pakar pengajian timur tengah yang telah lama bergabung dengan Dick Cheney dan Wolfowitz.

Lewis menyarankan respon amerika selepas 9/11 ialah mesti menunjukkan kekuatannya, sebaliknya menjadi satu petanda kelemahan dipihak dunia islam yang boleh diekploitasikan. Selanjutnya menganjurkan, pada masa yang sama Amerika seharusnya menyokong pelopor demokrasi di Timur Tengah seperti rakannya, Ahmad Chalabi yang merupakan pembentang undangan yang kedua yang dijemput oleh Perle. Sementara Chalabi pula menyatakan walaupun belum terdapat bukti Iraq terlibat dalam serangan 9/11, Iraq telah membina senjata WMD (Vaniti Fair, May 2004). Penganalisis menyatakan Chalabi bertanggungjawab memberikan maklumat palsu bahawa iraq mengusahakan WMD, yang tidak pernah ditemui oleh Amerika bahkan selepas perang 2003, Dick Cheney mengakui Iraq tidak pernah memiliki senjata tersebut dan senjata tersebut gagal ditemui oleh pemeriksa senjata PBB.

Anggota neo-con yang menyertai mesyuarat berkenaan telah mengeluarkan satu surat dibawah nama The PNAC Letter ditujukan kepada presiden Bush yang disiarkan dalam washinton times pada 20 september 2001. Surat tersebut mendedahkan arahan dari Donald Rusmfield - sama ada terbukti atau tidak hubungan Iraq-Osama bin Laden, Saddam tetap akan digulingkan. Selain turut menyenaraikan Hezbollah, Iran, Syria, dan PA (Palestine Authority). Antara 18 tokoh neo-con yang terlibat dalam mesyuarat selama 19 jam tersebut termasuklah Harold Brown, bekas setiausaha pertahanan presiden Jimmy Carter,  bekas setiausaha negara Henry A. Kissinger, R. James Woolsey, pengarah CIA semasa pentadbiran Clinton,  David E. Jeremiah, bekas timbalan pengerusi ketua-ketua bersama staf, bekas timbalan presiden Dan Quayle dan James R. Schlesinger iaitu bekas setiausaha pertahanan dan tenaga. Mereka bergabung dengan Rumsfield, Perle, Wolfowitz, Chalabi, Gingrich dan tokoh-tokoh neo-con yang lain.

Pada masa yang sama, Woolsey menyatakan Iraq perlu menjadi sasaran, tidak kisah siapa yang bakal bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. Akhbar Knight Rider memetik ucapan Woolsey ; 'perkara pertama yang perlu kita majukan bagi meyakinkan orang ramai ialah penglibatan Saddam dalam insiden pengganas untuk menentang kita, bukannya dalam serangan 11 September'. Antaranya termasuklah Saddam dikatakan merencana untuk pembunuhan presiden Bush Senior pada tahun 1993. Disamping usahanya membina senjata WMD yang dianggap sebagai tindakan teroris, meletakkan beliau sebagai calon utama untuk ditumbangkan (New York Times, 12 Oktober 2001)

0 comments:

Post a Comment