Thursday 4 October 2012

Filem Harry Potter Dan Pengaruh Petir.


               Pengaruh petir dewa thor ini ketara boleh dilihat pada watak utama Harry potter yang sangat popular di televisyen sekarang.Kebanyakan penonton tidak perasan akan simbol ini pada dahi Harry potter.Tanda petir pada petir harry potter hanya kelihatan jelas pada komik atau kartun animasinya yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe.
                Tetapi ramai yang tidak ketahui bahawa pelakon remaja popular sebenarnya berbangsa YAHUDI  di sebalelah ibunya iaitu Marcia jeannine Gersham.Radcliffe juga mengaku bahawa dirinya berfahaman ATEIS iaitu tidak mempunyai walaupun ibubapanya beragama Kristian protestan . Di dalam akhbar THE GUARDIAN bertarikh 4 julai 2009, Radcliffe menegaskan ,``Im very proud of being jewish.``(saya berbangga menjadi yahudi).
              Berbalik kepada simbol petir,adalah mustahil untuk meyakinkan penonton khususnya golongan ibubapa  yang membiarkan anak-anak mereka menonton filem  kanak-kanak ini.Namun haikiatnya,berapa ramaikah ibubapa yang perasan dan ambil peduli akan simbol petir yang ada pada dahi Harry Potter, apatah lagi untuk menyelidik maksud disebalik simbol tersebut. Simbol petir jelas digunakan pada gambar kartun HarryPotter yang dijadikan muka depan majalah  TIME keluaran 20 september 1999.

             Dalam artikel yang ditulis oleh Melvin Sikle yang bertajuk Beware Of Harry Potter:A sneaky way to promote the occult, beliau menegaskan bahawa filem Harry Potter adalah satu cara untuk mendidik kanak-kanak mencintai ilmu kesihiran/ilmu hitam .Menurutnya,filem Harry potter menunjukkan harry potter dan rakan-rakannya belajar ilmu sihir(Black Magic) di sebuah sekolah sihir yang terpencil dari orang ramai. Setiap hari pada kelasditunjukkan Harry sentiasa berlatih menyebut mantera sihir bagi mereka melaksanakan sesuatu keinginan.
         
             Di dalam artikel itu juga , Melvin melaporkan presiden  Italian International Association of Exorcists (INAE) iaitu Paderi Gabriel Amoth  telah melarang ibubapa yang beragama kristian membeli buku-buku cerita Harry Potter kepada anak-anak mereka. Menurutnya,cerita yang terkandung dalam buku itu sarat dengan unsur kesyaitanan. Tambahannya  lagi, tiada istilah sihir hitam atau sihir putih, semuanya adalah sama dan menjurus  kepada penyambahan syaitan.

            Penggabungan  simbol petir yang ada pada dahi Harry potter dan penyerapan  unsur-unsur kesihiran didalam jalan ceritanya  sudah  jelas menunjukkan bagaimana filem ini amat bahaya kepada kanak-kanak.Secara tidak langsung kita dapati pembikin filem Harry potter mempromosikan dua perkara kepada kanak-kanak iaitu simbol petir dewa thor dan ilmu hitam/ilmu sihir.Kita bimbang jika tidak dicegah akan mencetuskan minat anak-anak secara tidak sedar didalam hal-hal ILMU HITAM 
 dan KESIHIRAN.    

             Bukan sahaja simbol petir dan kesihiran yang cuba diterapkan bahkan logo sekolah sihir yang dihadiri oleh harry potter juga mempunyai gambar singa judah. Penggunaan gambar singa judah pada logo sekolah Hogwarts ini jelas membuktikan pembikin filem Harry potter
 cuba menerapkan unsur-unsur keyahudiyan terhadap kanak-kanak.






 

0 comments:

Post a Comment