Thursday, 18 October 2012

Logo Barisan Nasional dan UMNO ada kaitan dengan Freemason dan Illuminati?


nampaknya ada lagi pihak yang suka mengaitkan logo-logo Illuminati dengan Parti Keadilan.  Maka mari saya bongkarkan sedikit bahawa bukan logo PKR saja yang ada kaitan, malah juga logo Barisan Nasional dan UMNO.

Bendera PKR?? Mungkin ada kaitan, dan mungkin tidak. Mesti dikaji balik siapa yang suruh buat bendera tersebut.

Lagi pun bukti masih kurang walaupun bendera PKR terang-terang seperti logo Illuminati, seperti gambar di bawah.


Lagi pun bagi saya, sesama Islam agar berhati-hati sebelum menuduh saudara kita sendiri, apatah lagi suatu perkara yang masih belum ada BUKTI-BUKTI yang kukuh.

Jika sekadar persamaan logo Illuminati, mari saya bongkarkan rahsia logo DACING / ALAT PENIMBANG dalam Barisan Nasional / BN



Sebenarnya logo dacing yang dipakai itu juga dipakai oleh Freemason. Dan jika anda perhatikan betul-betul, dua dacing itu berbentuk seperti dua PIRAMID yang dilihat dari pandangan PERSPEKTIF.  Dan di atas sekali ada sebuah bulatan, yang jika mahu dikiaskan boleh saja dikatakan MATA SATU.


Perhatikan gambar piramid di atas, bentuk perspektif seperti ini lah yang ada di dalam logo BN, jika anda letakkan dua buah piramid di dalamnya.



Dalam Black Masonry, simbol dacing itu digunakan oleh Grand Inspector Inquisitor commander.

Dalam Mesir kuno, ‘pair of scales’ atau ‘DACING’ digunakan sebagai LAMBANG keseimbangan yang sempurna terhadap keadilan perkara-perkara ketuhanan. Dan banyak lagi yang anda semua boleh mengKAJInya …….

Manakala lambang Negara Malaysia / Jata negara juga dipengaruhi oleh British / Illuminati / Keluarga Merovingian. Sampai ke hari ini kita masih guna, sampai tak cuba nak buat lambang baru yang tak ada lukis gambar BINATANG ke apa.

Jata Negara @ Coat of Arms Malaysia


Yang atas sekali tu dikatakan sahaja bintang, tetapi bukan bintang tu, tetapi sebenarnya matahari.

Coat of Arms British


Ianya seperti simbol yang mereka gunakan iaitu Coat of Arms. Dua ekor binatang mesti ada di tepi kiri kanan dan perisai Daud di tengah. Untuk lebih banyak lagi tentang Coat of Arms , sila baca di  Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - bahagian 2.

Dan tidak ketinggalan juga dengan logo UMNO, tengok je lah di bawah ni kaitan-kaitannya.

Besarnya MATAHARI di tengah-tengah tu


Logo UMNO dan logo Vatican City

Logo kumpulan Skull and Bones yang pernah disertai oleh bekas Presiden George W. Bush

Tulang bersilang itu memberi maksud ANTI-CHRIST, dimana boleh dilihat dalam logo UMNO juga ada keris bersilang.

Anti Christ menjadi Anti Keris

Dengan warna MERAH nya, KUNING nya .......  Gambar di bawah ini lagi JELAS dan NYATA bahawa logo UMNO banyak pengaruh Illuminati.

logo UMNO Illuminati


Tidak ketinggalan dengan parti-parti komponen BN yang lain

Logo MCA = Matahari


Logo MIC = Seakan Shield of David


Logo PPP = Bintang Pentagram baru


Saya sudah lama juga memerhati tentang perkara ini, tetapi belum cukup BUKTI untuk membuat RUMUSAN.

Walaubagaimana pun saya masih TIDAK MENUDUH sesiapa berkenaan soal ini. Kerana yang PASTI , kita semua umat ISLAM dipermain-main dan dilaga-lagakan oleh Illuminati (British dan kuncu-kuncunya) agar bertelagah dan tuduh menuduh sesama sendiri.

Semoga kita dapat celik, kembali kepada ISLAM yang sebenar dengan menggunakan ALQURAN dan HADITH sebagai sumber HUKUM UTAMA, dan kenali siapa MUSUH Islam yang sebenar yang sedang melaga-laga kan kita

10 comments:

  1. aku baru tulis pasal nih kat blog aku...tak sangka ramai dah tau rupanya!

    ReplyDelete
  2. jgn terlalu taksub sehingga boleh manimbulkan riak dan fitnah. silap langkah diri kita juga yg binasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak riak tapi nak beritahu kebenaran tersirat yahudi yang disembunyikan dari mata masyarakat dunia. takkan tu pun tak nampak. dalam islam kita kena baik sangka. takkan apa yang kamu belajar pendidikan islam kat sekolah kamu lupa kot.

      Delete
    2. abis tu LOGO PAS terang2 la Iluminatinya.. hahahahha..
      cuba ambil dan serap sedikit Irwan Ruzaini tu ckp.. atlease mamperbaiki diri yg taksub akn sesuatu..

      Delete
    3. Betul tu nanti menimbulkan fitnah
      Kalau fikir secara biasa lambang timbangan melambangkan keadilan..

      Delete
    4. Perasan tak apa yang berlaku 2020, kerajaan gabungan Melayu Islam dah ada dan kuat, tapi satu habuk agenda yang berkait dengan Islam pun tidak dibuat atau disebut.. Malah UMNO boleh pula beri alasan kononnya nak menjaga hati MCA dan MIC.

      Delete
  3. Apa yg terang 2 nampak bendera pkr tu mata satu di tengah Kiri kanan merah tu apa maksudnya?buat timbul kemuyskilan saya,timbul pulak sekarang ni bendera parti Amanah dari pkr bentuk segitiga,kalau disusun nampak complete pulak rasanya,ini cuma Pandangan saya shj,lagipun pkr bukan parti islam sepenuhnya,dan amanah pula disebaliknya,maaf kalau saya tersilap mohon betulkan sebab ini hanya pandangan saya Shj..

    ReplyDelete
  4. Xkisah la bendera ape sekalipon setiap bndera memberi makna perpecahan ummat islam melalui sistem demokrasi cap dajjal.. Klu sistem pon dah cap dajjal ape lagi kepartiannya.. Mgkin pas terkecuali tp hakikatnya demokrasi kepartian tidak akn menangkn islam.. Itu hakikat..

    ReplyDelete
  5. Pada mulanya memang tak percaya UMNO ni ada kaitan Freemason, tapi cuba kita kaji balik kenapa Dato Onn Jaafar meninggalkan UMNO selepas bermesyuarat dengan BRITISH masa tu..

    malah dalam ucapan terakhir Dato Onn ada mengingatkan kita tentang 'sesuatu'yang membuatkan beliau tidak menyertai UMNO.

    Fikirkan juga UMNO ditadbir oleh Tunku pada masa tu.. Tanpa selindung² orang kuat Tunku juga ada mengakui Tunku seorang Freemason.. Siap buat buku lagi "Salahkah Masuk Freemason?"

    ReplyDelete